Raja Seri Maha Inderawangsa (Raja Bersiong) Hikayat_Merong_Mahawangsa

Raja Seri Maha Inderawangsa merupakan putera kepada Raja Seri Mahawangsa. Bagi rakyat jelata, baginda lebih sinonim dengan panggilan Raja Bersiong kerana suka memakan darah manusia. Ia dikaitkan dengan dua tempat iaitu Bukit Choras dan Tikam Batu. Di Tikam Batu, diceritakan ada sebuah Istana Raja Bersiong di atas bukit dengan air terjun yang menembusi batu sedalam sebatang buluh. Sempena inilah nama Tikam Batu diambil.

Raja Bersiong beragama Hindu. Baginda menyembah tokong yang diperbuat daripada emas dan berhala, namun tokong ini telah diambil oleh British dan dibawa balik ke India memandangkan baginda Raja Bersiong gemar memakan darah.

Kemungkinan kedua ialah baginda terpengaruh dengan satu kaum gergasi yang dalam legenda di Kedah tinggal di kaki Gunung Jerai. Kaum ini berbadan besar dan tinggi dengan amalan memakan manusia. Saiz yang besar ini mungkin disebabkan banyak protein dalam diet berbanding dengan hanya memakan sayur-sayuran.

Apabila rakyat mula mengenali Islam, rakyat telah memberontak menentang Raja Bersiong. Baginda telah lari hingga ke Baling di mana baginda mencabut dan membaling siongnya dan jatuh ke Kampung Siong di Baling. Barangkali baginda juga mungkin memasuki daerah Patani dan menghilang di sana.

Rujukan

WikiPedia: Hikayat_Merong_Mahawangsa http://mcp.anu.edu.au/N/MW_bib.html http://themalaypress.blogspot.com/2009/07/manuskri... http://sasterarakyat-kedah.com/index.php?cat=5 http://www7.plala.or.jp/seareview/newpage6langkasu... http://books.google.com.my/books?id=b2G5AAAAIAAJ&q... http://books.google.com.my/books?id=dtNx3QcEg_cC&p... http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Mer... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/article/Hika... http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my http://mymanuskrip.fsktm.um.edu.my/Greenstone/cgi-...